Pengenalan
Pusat jagaan Al-Shahab merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan tempat tinggal sementara (transit) kepada golongan warga emas yang memerlukan khidmat bantuan untuk memberi peluang kepada waris atau penjaga mereka mencari nafkah hidup atau menjalankan urusan tanpa penyertaan ibu atau bapa mereka, misalnya bertugas luar kawasan, melancong, menjalankan ibadat Haji atau Umrah atau aktiviti-aktiviti lain.
Waris atau penjaga warga emas ini kerap kali berhadapan dengan dilema untuk mencari tempat bagi meninggalkan ibu atau bapa mereka semasa ketiadaan mereka.
VISI
Meningkatkan Amalan Duniawi dan Ukhrawi
MISI
Membangunkan kehidupan Ummah ke Arah kesempurnaan Diri.
MOTTO
Berbakti Tanggungjawab Bersama.
AKTIVITI UTAMA
Menjaga kebajikan warga emas serta menerapkan ilmu pendidikan duniawi dan ukhrawi dihujung usia.
Terkini
Antara aktiviti yang diadakan ialah:
- Pembinaan laluan refleksologi
- Menanam pokok
- penerangan mengenai minyak pati
Program CSR bersama Jabatan Teknologi Maklumat SUK Negeri Sembilan
Sumbangan ikhlas kerusi roda daripada pihak pengurusan Kota Seriemas kepada warga emas Al-Shahab di program Kembara Ilmu, 6 Mei 2018.