top of page

Syarat-syarat & Terma Permohonan

 

Setiap waris yang ingin menempatkan ahli warga di bawah jagaan Al-Shahab Care Centre perlu memenuhi kelayakan syarat-syarat penjagaan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

1.   Penghuni hendaklah sihat. tidak sakit atau mempunyai sebarang penyakit kronik. *Tidak             menghidap  penyakit  berjangkit

2. Penghuni hendaklah seorang yang mampu berdikari. *Berupaya menjaga diri sendiri.

3. Berusia 55 tahun dan keatas.

4.   Perempuan sahaja.

5.   Beragama Islam

6. Tempoh maksimum bagi jagaan penghuni adalah 3 bulan sahaja.  

7. Kemasukan adalah secara sukarela, tanpa paksaan daripada waris atau mana-mana pihak.

8. Pendaftaran dibuka sepanjang masa tertakluk pada kekosongan.

9. Yuran kemasukan akan dikenakan untuk menampung kos perbelanjaan pengurusan kebajikan, makanan, dan program yang dijalankan.

10.  Ahli keluarga boleh menempatkan ibu mereka secara harian, iaitu hantar pada waktu pagi dan mengambil semula pada waktu petang. Bagi mereka yang tinggal berjauhan pula boleh menghantar pada pagi isnin dan menjemput semula pada petang jumaat dalam minggu yang sama.

11.  Bagi mereka yang mempunyai masalah peribadi yang lain,boleh berhubung secara individu dengan pihak pengurusan.

12.  Waris hendaklah dalam kalangan yang bertanggungjawab dan mampu menggalas komitmen terhadap pengurusan.

13.  Sebarang pertukaran alamat dan nombor telefon ahli keluarga/penjaga wajib dimaklumkan kepada pihak Pengurusan Pusat Jagaan.

14. Ahli keluarga/penjaga dinasihatkan memberi Surat Preskripsi Ubatan Doktor atau Laporan Perubatan  dan Bekalan Perubatan yang secukupnya kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan. 

​Prosedur Kemasukan

  1. Borang permohonan kemasukan.

  2. Dua (2) salinan kad pengenalan (penghuni dan waris).

  3. Laporan kesihatan.

  4. Bil elektrik dan bil air terkini.

bottom of page